Set Induksi (5minit)
Aktiviti
1. Guru menunjukkan sejenis daun yang biasa dilihat oleh murid.
2. Murid diberi pelung untuk memerhati, memegang dan menghidu bau daun tersebut.
3. Guru bersoal jawab tentang daun tersebut dan kaitannya dengan kuih tradisional.
- Apakah nama daun ini? (Daun pandan)
- Apakah guna daun ini dalam membuat kuih? (Mewangi dan menghijaukan kuih)
- Kuih apakah yang selalu menggunakan daun pandan? (Onde - onde dan sebagainya)
Ilmu : Sains. Nilai : menghargai EMK : Kreativiti dan Inovasi
BBB : Bahan maujud - daun pandan
Langkah 1 (8 minit)
1. Guru mempamerkan seni kata lagu Kuih oh Kuih !
2. Guru membimbing murid membaca seni kata lagu yang dipamerkan
3. Murid membaca seni kata lagu secara individu dan kumpulan dengan sebutan yang betul.
4. Guru membimbing murid menyanyikan lagu Kuih oh Kuih ! berpandukan seni kata lagu.
Ilmu : Pendidikan Muzik Nilai : Kerjasama EMK : Kreatif dan inovasi
BBM : Seni kata lagu.
Langkah 2 (7 minit)
1. Guru minta murid menyebut nama - nama kuih yang terdapat dalm seni kata lagu sambil
mempamerkan kad gambar kuih tersebut dan menyatakan rasanya.
2. Murid mencatat nama kuih dan rasanya dilembaran kerja. (Lampiran 1)
Ilmu : Pendidikan Muzik Nilai : Rajin EMK : Kreatif dan inovasi
BBM : Lampiran 1 - Latihan nama kuih dan rasanya.
Langkah 3 (7 minit)
1. Murid membaca semula seni kata lagu yang dipaparkan oleh guru.\
2. Murid membincangkan cara kuih itu dimasak dalam kumpulan.
3. Pembentangan hasil kerja kumpulan.
4. Murid mencatat di lembaran kerja (Lampiran 2)
Ilmu : Pendidikan Muzik Nilai : Rajin EMK : Kreatif dan inovasi
BBM : Lampiran 1 - Cara bagaimana kuih dimasak
Seni kata lagu
Penutup (3 minit)
1. Murid menyanyikan semula lagu kuih tradisional.
2. Murid menyalin seni kata lagu ke dalam buku tulis.
Aktiviti Pemulihan :
1. Guru membimbing murid membaca nama - nama kuih (Lampiran 3)
Aktiviti Pengayaan :
1. Murid membaca frasa - frasa yang terdapat dalam lembaran kerja yang diberi
2. Murid mengkategorikan cara - cara jenis kuih dimasak. (Lampiran 4)
Monday, 26 March 2012
RPH BM Tahun 2 (Strategi Pengajaran dan Pembelajaran)
Posted by kamsida bt sidek at 06:12
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment