BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 29 March 2012

Bahan Bantu Belajar

Seni kata lagu 'Kuih oh Kuih!'

       Kuih oh Kuih!

 Ibuku rajin buat kuih
 Bermacam - macam jenis kuih
 Bahulu , karipap , buah meaka
 Bolehku makan sekeluarga.

 Kuih oh kuih , kuih , kuih , kuih 1x

 Keria , lempeng , koci , lepat
 Marilah kawan mari dekat
 Rasalah kuih yang berkhasiat

 * Melodi : Papaku Pulang Dari Kota.

Monday, 26 March 2012

RPH BM Tahun 2 (Strategi Pengajaran dan Pembelajaran)

Set Induksi (5minit)

Aktiviti

1. Guru menunjukkan sejenis daun yang biasa dilihat oleh murid.
2. Murid diberi pelung untuk memerhati, memegang dan menghidu bau daun tersebut.
3. Guru bersoal jawab tentang daun tersebut dan kaitannya dengan kuih tradisional.
    - Apakah nama daun ini? (Daun pandan)
    - Apakah guna daun ini dalam membuat kuih? (Mewangi dan menghijaukan kuih)
    - Kuih apakah yang selalu menggunakan daun pandan? (Onde - onde dan sebagainya)
Ilmu : Sains.     Nilai : menghargai        EMK : Kreativiti dan Inovasi
BBB : Bahan maujud - daun pandan

Langkah 1 (8 minit)
1. Guru mempamerkan seni kata lagu Kuih oh Kuih !
2. Guru membimbing murid membaca seni kata lagu yang dipamerkan
3. Murid membaca seni kata lagu secara individu dan kumpulan dengan sebutan yang betul.
4. Guru membimbing murid menyanyikan lagu Kuih oh Kuih ! berpandukan seni kata lagu.
Ilmu : Pendidikan Muzik        Nilai : Kerjasama               EMK : Kreatif dan inovasi
BBM : Seni kata lagu.

Langkah 2 (7 minit)
1. Guru minta murid menyebut nama - nama kuih yang terdapat dalm seni kata lagu sambil
    mempamerkan kad gambar kuih tersebut dan menyatakan rasanya.
2. Murid mencatat nama kuih dan rasanya dilembaran kerja. (Lampiran 1)
Ilmu : Pendidikan Muzik          Nilai : Rajin                  EMK : Kreatif dan inovasi
BBM : Lampiran 1 - Latihan nama kuih dan rasanya.

Langkah 3 (7 minit)
1. Murid membaca semula seni kata lagu yang dipaparkan oleh guru.\
2. Murid membincangkan cara kuih itu dimasak dalam kumpulan.
3. Pembentangan hasil kerja kumpulan.
4. Murid mencatat di lembaran kerja (Lampiran 2)
Ilmu : Pendidikan Muzik          Nilai : Rajin                  EMK : Kreatif dan inovasi
BBM : Lampiran 1 - Cara bagaimana kuih dimasak
            Seni kata lagu

Penutup (3 minit)
1. Murid menyanyikan semula lagu kuih tradisional.
2. Murid menyalin seni kata lagu ke dalam buku tulis.

Aktiviti Pemulihan :
1. Guru membimbing murid membaca nama - nama kuih (Lampiran 3)

Aktiviti Pengayaan :
1. Murid membaca frasa - frasa yang terdapat dalam lembaran kerja yang diberi
2. Murid mengkategorikan cara - cara jenis kuih dimasak. (Lampiran 4)

Sunday, 18 March 2012

Rancangan Pelajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 2

Kelas : 2 Bestari
Jumlah Murid : 28 orang
Tarikh : 28.3.2012
Masa : 10.15 - 10.45

TEMA : KEBUDAYAAN
TAJUK : Kuih Oh Kuih !

Fokus Utama : Standard Kandungan
                         2.6 - Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk
                                 minat membaca.
                   
                     : Standard Pembelajaran
                       2.6.1 - Membaca pelbagai bahan kreatif yang sesuai untuk menambah kosa kata dan
                                  meningkatkan kelancaran bacaan.

Fokus Sampingan : Standard Kandungan
                                1.4 - Bertutur, berbual, dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara
                                        daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara
                                        bertatasusila.

                              : 1.4.4 - Bertutur dan menyatakan permintaan dengan intonansi yang betul tentang
                                            sesuatu perkara dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.

Objektif               : Pada akhir pengajaran, murid dapat :
                               i. Membaca bahan - bahan untuk menambah kosa kata dan meningkatkan
                                  kelancarab bahasa
                               ii . Menyatakan permintaan dengan intonansi yang betul dan secara bertatasusila
                                    tentang sesuatu perkara dalam situasi tidak formal.

Pengisian Kurikulum : i. Ilmu : Kajian Tempatan
                                     ii. Nilai : Rajin, keyakinan diri, kerjasam

                                     KBT : Kecerdasan Pelbagai,  Konteksual
         
                                     EMK : Kreativiti dan Inovasi.

Sistem Bahasa : Tatabahasa : kata nama, kata kerja
                           Kosa kata : koci, lempeng, keria, baulu, tepung pelita, kuih lapis, apam

Media               : kad perkataan, kad gambar